Langsung ke konten utama

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU.....

قمتين 

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU.....


Tataplah wajah orang yang paling kita sayangi… ibu, ayah, suami, isteri, anak-anak atau siapa saja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan,anak-anak, cita-cita dan harapan, tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
terkadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba saja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang dipanggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang.

Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh takdir paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan kakeknya Abdul Muthalib, kakeknya meninggalkannya pula. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh saudara ayahnya Abu Thalib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-ayah tetapi telah menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang membuat jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menyentuh jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua.. Lalu baginda lari… menyendiri.

Sejak baginda menikah dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila ditempa wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila disuruh oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan yang datang ketika semuanya menghilang.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. hilang sudah bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan lagi. Abu Thalib  pergi pula.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fisikal kaum Quraisy. Bila-bila masa pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjang. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Thalib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul sendirian untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah berjaya di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-ayah, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episode kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, kakek, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segala dan semua itu. Hingga di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, takdir Allah sudah sampai ke kepuncak… baginda pula yang akan pergi.  
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!
Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang dhaif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang – tajuknya:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU… 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah sejenak. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah karena esok kau mesti bangkit kembali. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sehati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikiran melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku jalani amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwudu dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu peristirahatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserahkan.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada yang memperhatikan.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Berawal dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih haus akan kasih-sayang, kakeknya Abdul Mutalib pula pergi untuk selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan saudara ayahnya, Abu Talib.
Ketika masih memerlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!
Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal  di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikaruniai anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sedang menyusui.
Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sangat lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahwa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.  

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”
Dalam “kamus” kehidupan  para muqarabin (orang yang dekat dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali lipat yang dialami manusia biasa. 
Namun begitu,  di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.
Semua orang mengakui hakikat bahwa mati itu datang tiba-tiba..

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan  oleh pembantunya, Anas bin Malik dalam penuturan nya:
“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, karena apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”


Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku coba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”. 

                                                                               ***abu harun dikutip dari tulisan ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU. gentarasa.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Surat Al Qur'an yang diawali dengan huruf hijaiyah saja

Alhamdullilah.. akhirnya selesai juga tulisan ini saya   buat, puji syukur kepada Allah Azza Wa Jalla atas rahmat dan hidayah-Nya sehingga tulisan ini bisa terselesaikan, Sholawat serta salam semoga selalu tercurahkan ke junjungan kita Rasullullah Muhammad Shollu Alla Nabiiy. Ada beberapa surat dalam Al – Qur’an yang dimulai dengan penyebutan huruf huruf hijaiyah saja, yang pertama kita temui adalah ayat pertama dari surat ke dua yakni Alif laam miim surat Al Baqarah. Dibawah ini saya coba share beberapa surat tersebut, jumlah keseluruhan surat yang dimulai dengan huruf hijaiyah berjumlah 29 surat, dari 29 surat tersebut 19 surat yang dimulai dengan huruf hijaiyah saja sedangkan 10 surat lainnya dimulai dengan huruf hijaiyah dilanjutkan dengan bacaan selanjutnya seperti surat-surat lainnya. dan ada 1 surat yang 2 ayat pertama dimulai dengan huruf hijaiyah yakni surat    Asy Syuura 1, haa miim 2, 'Ain Siin Qaaf. 1.    Al Baqarah الٓمٓ Alif laam miim. 2.   

Nasihat Shalat

Demi Allah, masalah kita tidak akan selesai dan kekhawatiran kita tidak akan lepas dan situasi kita tidak akan berubah, kecuali jika kita tekun dalam ibadah kita untuk apa hidup ini? demi Allah kondisi seseorang tidak akan berada pada jalan yang benar kecuali dia menjaga shalat demi Allah kau tidak akan merasa lebih dekat pada Allah dengan amalan yang lebih dicintai-Nya daripada Shalat. Rasulullah s.a.w bersabda... " lakukan amal kebaikan sebanyak yang kalian bisa karena amal yang paling baik dalah shalat." Demi Allah tidak ada puasa,berhaji,sedekah, atau amalan baik apapun yang akan bermanfaat bagimu kecuali shalatmu benar. hal pertama yang akan ditanyakan pada seorang hamba di hari kiamat adalah shalatnya. jika shalatnya benar dan baik, Allah akan lanjut melihat buku catatan amalnya, tapi jika tidak benar..... " dan Kami akan memandang amalan yang mereka lakukan dan membuatnya seperti debu-debu yang beterbangan." ketika Allah s.w.t mewa

Obat Herbal Ala Sufi

1. Siapkan akar pohon fakir 2. Siapkan akar pohon tawadhu' 3. Campurkan biji taubat 4. Letakkan dalam pipisan ridha 5. Lumatkan dalam gilasan qanaah 6. Letakkan dalam ketel takwa 7. Tuangkan padanya air malu 8. Rebuslah hingga mendidih dengan api mahabbah 9. Tuangkan dalam gelas syukur 10. Dinginkan dengan kipas harapan 11. Minumlah dengan sendok pujian